Mencari Ketenangan Jiwa


Baru-baru ini, semasa memandu kereta saya berbual-bual dengan isteri. Saya cakap,

" kita buat baik dengan orang, kita harap Allah akan baik pada kita. Kita harap Allah akan tolong kita disaat kita memerlukan. Kita harap Allah akan mudahkan urusan kerja kita. Sebab itu apabila kita buat sesuatu, jangan fikir tentang manusia. Jangan fikir tentang apa yang mereka akan balas. Nanti hati kita tidak tenang. Cuba aza tengok, dalam keadaan terkejar-kejar kita mengurus kerja yang bertimpa-timpa, Alhamdulillah, akhirnya kerja kita selesai dan dimudahkan-Nya.

Sambil isteri saya mendengar, dia mengangguk dan mengesat air matanya. Saya faham, dia bersetuju dengan apa yang saya katakan..

Dalam hidup ini, kita perlu tahu memujuk hati agar kita tenang berhadapan dengan ujian hidup. Saya lihat, selagi mana kita bertahan dan mengelak daripada merungut, Insya-Allah kita akan menikmati ketenangan. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada menyakiti orang lain walaupun Kadang-kadang kita sedang disakiti. Apa yang lebih istimewa lagi, kita dapat rasakan Allah telah menolong  dan memudahkan urusan kita.

Moga Allah mendidik hati-hati kita menuju kebaikan. Kita bukan baik, tetapi sedang berusaha untuk menjadi baik. Moga Allah reda dengan kita dan itulah kebahagiaan sebenar dalam hidup..

Insya-Allah

Wallahua’lam

Sumber: Fb