Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Petua Hidup Tenang Dan Gembira

7 Petua Hidup Tenang Dan Gembira

Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yang kita ada.

Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

Ketahuilah bahawa tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain daripada diri kita sendiri.

Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

Berdamailah dengan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang Allah telah kurniakan.

Jangan iri hati dengan kesenangan orang
lain. Anggap lah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya wang ringgit.