Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Tengok FA Berbanding TA


Hari ini sy ajar sikit FA, bagi sy FA > TA.
Serbadk adalah satu contoh yg bagus, guna FA utk menunjukkan masalahnya.
Dalam graph (anak panah hijau), kau boleh nampak tiap-tiap tahun "Sales/Revenue" naik, "Net Income" pun naik, ini bagi beginner mesti fikir: 
"Good performance wei! harga juga masih murah, boleh hantam!"
Tapi... tapi... kalau tengok Balance Sheet (anak panah merah pertama), debt naik setiap tahun juga, dan paling peting account receivable juga naik banyak!
(Account receivable tinggi maksudnya business ada, tapi wang tak boleh kutip... Dalam kes serbadk ini sebab business itu banyak palsu, utk jadikan revenue and net income nampak tinggi!)
Orang selalu kena trap sebab ia hanya tengok Profit & Loss sahaja, tak faham kat Balance Sheet ada info amat penting.

Yang akhir, dalam graph cash flow (anak panah merah kedua) pulak kami boleh nampak setiap tahun Operating Cash Flow and Free Cash Flow tenggelam ke laut!
Ini maksud wang tak pernah masuk account! hanya keluar... Net Financing Cash Flow saja yg positif, ini maksud pinjam banyak duit...

Kalau satu company keaadaan cam ni:
🔥 Selalu pinjam duit banyak (Financial Cash Flow positif and tinggi)
🔥 Business banyak tapi wang kertas tak boleh kutip (Account receivable semakin tinggi)
🔥 Wang hanya keluar dari Bank Account tak pernah masuk (Free Cash Flow semua negative)

apa pendapat kamu terhadap syarikat ni?

(Informasi terdapat dari https://www.pickastock.info)
** Pinjam knowledge sy pun tolong promote sikit lah Pickastock