Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fakta Menarik Tentang Malaysia


👨‍👩‍👧‍👦 Mempunyai penduduk seramai 32.7  juta orang. (2021)

⛰ Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. Berketinggian 4095 meter.

🏖 Mempunyai 878 buah pulau, Pulau Banggi yang terletak di Sabah merupakan pulau terbesar di Malaysia. Berkeluasan 440 kilometer persegi.

🏞 Sungai Rajang di Sarawak yang panjangnya 563 kilometer merupakan sungai terpanjang di Malaysia.

🕌 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz merupakan masjid terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

🏵 Bunga Rafflesia atau bunga mayat kerana baunya merupakan bunga yang terbesar didunia dan ada di Malaysia.

🏙 Menara berkembar Petronas masih lagi memegang status menara kembar tertinggi di dunia. Berketiggian 451.9 meter dan mempungai 88 tingkat.

🏖 Sabah memiliki beberapa pulau tercantik didunia seperti Mabul dan Sipadan

📖 Penang Free School merupakan sekolah Inggeris pertama.

💸 Duit RM50 yang beratnya hanya 1.0g atau 3 keping kertas merupakan duit yang paling banyak beredar dalam pasaran.

🛣 Malaysia mempunyai jaringan jalanraya lebih 65,000 kilometer.

🌉 Jambatan Sultan Abdul Halim di Pulau Pinang merupakan  antara Jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

🎉 Kesultanan Kedah disifatkan sebagai paling tua di Malaysia.

🌄 Gua Mulu di Sarawak boleh memuatkan 40 buah Boeing 747 didalamnya.

✉ Dengan ketinggian 3289 meter, anda boleh menghantar surat, kerana terdapat peti surat di Gunung Kinabalu dan merupakan peti surat tertinggi di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara

🏞 Taman awam pertama di Malaysia terletak di Taiping dan berusia 138 tahun.

🏨 Hotel First World di Genting mempunyai 7351 bilik dan diiktiraf sebagai hotel yang terbesar di dunia.

🌄 Taman Negara Malaysia yang terletak di 3 Negeri usianya lebih tua dari hutan Amazon.

💪 Pemindahan lengan pertama didunia dilakukan di Hospital Selayang pada 18 Mei 2000

🍀 Daun Alocasia Macrorrhiza merupakan daun terbesar di dunia dan ada di negeri sabah.

🌇 Menara KL 118 merupakan menara kedua tertinggi di dunia, berketinggian 679 meter.