Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hotel ODST Di Madinah

Di Madinah, kami bersepuluh tinggal di Hotel ODST. Hotel ni terletak di lapis ke tiga area tengah di bahagian blkg Masjid Nabawi. Jarak berjalan kaki secara santai dan lurus sehingga berjumpa gate 328 dalam lingkungan 6-7 minit.

Lobi Hotel ODST, Madinah

Kalau check dalam booking dot com, hotel ni kategori 3 bintang, harga bilik berempat sekitar 300 riyal semalam. Tapi aku cadangkan supaya maksimum isi 3 orang sebilik sebab sendat sangat 4 orang tu.

Gambar dalam bilik Hotel ODST, Madinah

Booking aku buat melalui agen kat Mekah, so dapat rate yang agak cantik iaitu 200 riyal semalam. So kalau ambik 3 bilik, dah save 300 riyal, byk tu tuan-tuan.

Hasil pengamatan aku, waktu ni kalau nak harga cantik..boleh gunakan khidmat agen, sbb harga online mmg tak masuk akal. Ada juga yg murah kalau booking online, tapi jarak 3-4 km.

Update: sebelah betul ODST hotel ni ada Dunkin Donut & McDonald. 😁