Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pembahagian Harta Secara Faraid

Maksud Hukum Faraid
Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.

Hukum Faraid adalah satu aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia merupakan suatu perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam.

Pembahagian harta pusaka mengikut kaedah faraid adalah pembahagian harta yang berdasarkan dalil-dalil yang sahih daripada Al-Quran. Faraid boleh diwarisi atas sebab pertalian darah, perkahwinan dan agama. Waris utama yang berhak adalah ibu, bapa, suami/isteri dan anak Lelaki dan anak Perempuan.

Apabila berlaku kematian ke atas pemilik harta, hukum Faraid telah menetapkan bahagian dan peraturan tertentu kepada setiap waris yang ditinggalkan. Ia yang dinyatakan secara khusus di dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 7, 8, 9, 10, 11 dan 12.

Kenapa perlu belajar faraid nie?
Supaya kita tidak terambil bahagian waris
faraid lain, ingat kita punya. Tetapi tidak!
Mengambil masa yang panjang untuk
menguruskannya. Bila dah jelas kita pun
boleh urus dan agih dengan segera.

Antara harta-harta yang boleh difaraidkan
Harta-harta tidak alih seperti Tanah, Bangunan dan harta yang sukar dicairkan.
Harta-harta alih seperti barang kemas, wang simpanan, saham dan kereta

Berikut adalah langkah Pengurusan Harta
Pusaka.
• Menolak kos pengebumian
• Melunaskan harta simati
• Pembahagian harta sepencarian
• Melaksanakan wasiat
• Agihkan harta berdasarkan faraid
Ramai pembaca yang maklumkan kepada saya, bila baca tentang pembahagian faraid, selalu cerita tentang kes kematian suami saja, maca mana pula kalau isteri yang meninggal dunia? macam mana pembahagian harta untuk isteri?

Soalan:
Syahirah (isteri) meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami, nenek sebelah bapa, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Siapakah waris dalam pembahagian faraid isteri meninggal?

Jawapan:
Untuk soalan ini, waris Syahirah adalah suami, nenek, anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Jom kita tengok penerangan lanjut untuk situasi ini.

Kira-kira/ Kalkulator Faraid
Kita andaikan harta pusaka yang ditinggalkan oleh Syahirah berjumlah RM 400,000 sebab dia ada rumah, kereta, perhiasan dan sedikit simpanan.

Berikut merupakan nilai pengagihan faraid kepada ahli waris. Jumlah pengagihan bergantung kepada nilai semasa harta pusaka dan baki setelah hutang dijelaskan.


Gambar di bawah adalah contoh cara pembahagian.


Pembahagian Faraid Bagi Ibu Meninggal

Berikut merupakan nilai pengagihan faraid kepada ahli waris. Jumlah pengagihan bergantung kepada nilai semasa harta pusaka dan baki setelah hutang dijelaskan.

Waris yang ada:
-2 orang anak lelaki
-2 orang anak perempuan


Pembahagian Faraid Bagi Isteri Meninggal

Berikut merupakan nilai pengagihan faraid kepada ahli waris. Jumlah pengagihan bergantung kepada nilai semasa harta pusaka dan baki setelah hutang dijelaskan.

Waris yang ada:
-suami
-ibu
-1 orang anak lelaki
-2 orang anak perempuan