Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jalan-jalan Ikut Usia


Pada usia 60 tahun, dimasa kita penc3n, tempat kerja kita akan mula melupakan anda. Tidak kira betapa berjaya atau hebatnya anda semasa berkerjaya dulu. Anda akan kembali menjadi orang biasa. Jadi, jangan berpegang teguh pada pemikiran dan rasa unggul daripada pekerjaan anda yang lalu, lepaskan ego anda.

Pada usia 63 tahun, masyarakat secara beransur-ansur melupakan anda. Rakan dan rakan sekerja yang pernah anda temui dan bersosial mulai sediki demi sedikit, dan hampir tidak ada sesiapa pun yang mengenali anda di tempat kerja anda dahulu. Jangan katakan, " Saya dulu ... " atau " Saya pernah ... " kerana generasi muda tidak akan mengenali anda, dan anda pasti tidak berasa selesa mengenainya!

Pada usia 65 tahun, keluarga sendiripun perlahan-lahan meninggalkan anda. Walaupun anda mempunyai ramai anak dan cucu, kebanyakan masa anda akan tinggal bersama pasangan atau sendirian. Apabila anak-anak anda menziarahi sekali-sekala, itu adalah tanda kasih sayang. Jadi jangan salahkan mereka kerana jarang datang, kerana mereka sibuk dengan kehidupan mereka sendiri!

Pada usia 70 tahun, dunia akan mula melupakan anda. Beberapa orang yang anda kenali telah pun pergi buat selama-lamanya. Pada ketika ini, jangan bersedih kerana ini adalah perjalanan hidup, dan semua orang akhirnya akan mengikutinya!

Oleh itu, sementara badan kita masih mampu, jalani kehidupan dengan sepenuhnya! Makan apa yang anda mahu, minum apa yang anda inginkan, bermain dan lakukan perkara yang anda suka. Pergi menziarahi kawan² lama yang masih ada. Bercuti ke destinasi percutian tertentu

Ingat, satu-satunya perkara yang tidak akan menghapuskan anda ialah kumpulan Whatsapp. Jadi, lebih banyak berkomunikasi dalam kumpulan, bertanya khabar, kekalkan kehadiran anda, gembira dan jangan sikit² left group!

Aktiviti Mengikut Umar
• *5 - 10* - Jalan² rumah kawan² utk main.

• *10 - 20* - Jalan² rumah kawan² utk belajar.

• *20 - 25* - Jalan² rumah kawan² waktu cuti semesta.

• *25 - 30* - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin.

• *30 - 40* - Jalan² rumah kawan² tengok baby.

• *40 - 50* - Jalan² rumah kawan² sebab lama tak jumpa.

• *50 - 60* - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin anak... selang² jenguk kawan sakit sana sini.

• *60 - 70* - Jalan² rumah kawan solat jenazah.

• *70  - tak jalan² dah... kawan² pulak datang jalan² rumah kita..... sebab kita dah tak boleh jalan* 

• *70++ Ramai di antara kita dah jalan*......

“ Berjalan, ziarahlah sahabat² selagi ada peluang dan beramal ibadah sertai majlis² ilmu. 
Usia tak boleh berpatah balik, yg tinggal cuma kenangan..