Tips Untuk Pemula Bisnes
1. Nak mulakan bisnes, wajib ada guru / mentor. Jangan nak buat bijak sendiri tanpa ilmu, bimbingan, teguran guru atas alasan, yotube kan ada.. Boleh jer belajar dengan youtube tapi guru tetap kena ada. Banyak masa dan wang akan terbuang dengan kegagalan buat bisnes tanpa guru ni.. Guru yang paling sesuai adalah guru yang telah melaksanakan, yang melaluinya dan sudah berjaya..
2. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Jangan malas, jangan suka bertangguh dan jangan buat kerja sambil lewa..
3. Jaga cash flow. Jaga cash flow. Jaga cash flow. Jangan bagi stuck. Bisnes tanpa cash flow bagaikan jantung tanpa aliran darah.
4. Jika nak buka kedai, buatlah seadanya dulu untuk cukup syarat berniaga. Jangan terburu-buru habiskan duit ratusan ribu untuk renovasi. Itu duit mati. Melainkan kita dah established. Bila bisnes dah mampu buat untung, bolehla perlahan-lahan upgrade kedai. Semua orang sukakan kedai cantik. Tapi bukan semua mampu untuk cantikkan kedai tanpa ganggu cash flow
5. Jangan berani meminjam bank / along sebelum mahir berbisnes. Duit pinjaman tu pasti akan menjerat kita nanti.
6. Pastikan pinjaman dibuat untuk besarkan bisnes bukan untuk mulakan bisnes. Buat pinjaman hanya selepas bisnes yang nak dibesarkan itu nampak dah mampu buat duit dan sudah berupaya untuk bayar ansuran pinjaman tersebut
7. Jangan terlalu awal buat keputusan beli kereta mewah, beli rumah / bangunan mahal atas alasan reward diri sebelum anda betul-betul bersedia. Deposit beli kereta mewah, deposit beli rumah @ bangunan mahal ini sangat tinggi dan boleh ganggu cash flow bisnes yang belum betul-betul matang. Ramai yang hilang bisnes disebabkan beli & pelihara kereta mewah sebelum betul-betul mampu. Acah-acah mampu. Bukan tak boleh beli aset. Aset sangat penting. Tapi tak digalakkan beli sebelum betul-betul mampu.
8. Jika tahun pertama, jualan sangat ok, itu bukan realiti. Itu masih lagi fantasi. Jika tahun kedua jualan makin tinggi, itu juga masih dalam mimpi. Jika tahun ketiga jualan makin tinggi, InshaAllah itu hanya permulaan. Ada beberapa tahun lagi untuk sahkannya..
9. Bisnes ni kalau terlampau laju ia juga boleh membahayakan sekiranya belum kuat foundation nya. Besederhanalah jika kita masih newbie. Nikmati prosesnya..
10. Jangan buat pinjaman untuk bayar pinjaman tertunggak. Cari ikhtiar lain untuk bayar pinjaman itu. Jika tidak, sampai satu masa anda akan terbelit selepas beberapa kali pinjaman. Pinjaman biasanya untuk tambah modal pusingan kerja bukan untuk bayar pinjaman lain.
11. Jika ada sesuatu yang tak kena dengan bisnes anda, jangan terus buat gila nak teruskan. Berhenti sekejap (tarik handbrake), pergi belajar @ tanya usahawan-usahawan lain yang dah berjaya, baiki balik dan lepas tu baru cuba balik. Kurangkan kerosakan sebelum ia musnah total
12. Simpan sedikit dari keuntungan yang dibuat untuk kegunaan masa-masa getir. Jangan pusing semua, jangan laburkan semua. Cash buffer mesti ada.
13. Apa jua bentuk marketing / iklan (yang patuh syariah) mesti terus bergerak. Iklan dan promosi semestinya terus berjalan sama ada berkos sedikit atau banyak, percuma atau berbayar.
14. Jangan terpesona dengan skim “ something too good to be true “, kerana kelak anda akan kehilangan semua duit anda. Selalulah berpegang kepada prinsip tak ada benda mudah dalam bisnes ni.
15. Sampai satu masa, beli lah kepandaian / kemahiran orang dulu sebelum beli barang hiasan. Jangan risau, dengan kemahiran orang yang dibeli itu, dia bukan sekadar mampu bayar gaji dia tapi pekerja-pekerja lain juga
16. Benda yang kita boleh outsource, kita outsource dulu. Bukan semua kita wajib buat atau beli sendiri atas alasan nak jimatkan kos. Cth. : beli mesin besar-besar cash yang kosnya terlalu tinggi. Ia akan teruk sekali ganggu cash flow kita. Kecuali kita dah stabil atau beli mesin dengan pinjaman.
17. Berniagalah dengan apa yang ada ditangan dulu. Gunalah modal yang minima. Caril ilmu, cari pengalaman, cari mood, cari kesesuaian dan cari pendedahan. Tapi bila dah jumpa yang serasi dan boleh buat duit, tak boleh main-main dan toleh belakang dah, kena ikhtiar tambah modal
18. Buat bisnes jangan sesekali tercabar dengan kejayaan orang lain. Buat dalam keupayaan kita. Stay dalam trek kita. Ini tengok orang lain buka cawangan 5, kita nak buka juga sampai 10. Bukan atas sebab bersedia atau mampu tapi atas sebab terikut-terikut / tercabar / ingin impress kawan dan lawan. Akhir sekali kita terhumban.
19. Jika ianya tak jadi hari ini, tak semestinya ia tak kan menjadi selama-lamanya. Jangan putus asa
20. Kita mungkin akan hilang segalanya dulu sebelum dapat segalanya kemudian. Jadi, jika ditimpa kesusahan, jangan cepat melatah. Kerana, jika bukan kerana dengan asbab ujian tersebut, impian kita mungkin tak akan jadi realiti pada hari ini..
21. Usahawan yang tak sabar dan cepat melatah, takkan bertemu kejayaan.
22. Jangan cepat lupa diri bila kita dikurniakan kejayaan dan kekayaan. Apa yang datang boleh saja pergi sekelip mata. Ingat jasa orang sekeliling kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit
23. Jangan lupa bayar zakat. Jika bisnes sentiasa sekejap jadi dan sekejap tak jadi, please check zakat bayar atau tidak. Tak selamat kita dunia dan akhirat jika tak bayar zakat sekiranya layak untuk membayarnya
24. Tidak ada satu pun yang terjadi sama ada baik atau buruk sebelum ini melainkan semuanya ada tujuan dan hikmahnya.. So sentiasa positif..
25. Setiap orang tak sama waktu / tempoh untuk capai kejayaannya. Allah dah tentukan. Ia berbeza-beza. Maka berbahagialah kepada yang sabar menunggu waktu jayanya tanpa sedikitpun berhenti berusaha..
- Ikhlas dari : FOUNDER D’APPLE
Sumber FB